RAHMAH RAMADHAN : AS LOW AS RM169 / SET
Menu open/close
Jenis-Jenis Kebaya Yang Perlu Anda Tahu

Fesyen baju kebaya kini semakin mendapat perhatian di kalangan wanita muda. Jika kebiasaannya ia dipakai pada waktu majlis formal, kini mereka lebih gemar memakai baju kebaya untuk ke pejabat dan dipadankan bersama seluar. 

 

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis baju kurung yang terdapat di Malaysia. Begitu juga dengan baju kebaya. Terdapat beberapa jenis baju kebaya yang berbeza reka bentuk. Antara baju kebaya tersebut adalah:

1. Kebaya Sulam 

Kebaya sulam ialah kebaya yang biasa kita lihat. Ia mempunyai butang dibahagian hadapan dan mempunyai sulaman dibahagian hadapan serta di pergelangan tangan. Potongan kebaya sulam biasanya sedikit kecil daripada saiz biasa. Corak kebaya sulam kebiasaannya mempunyai motif bunga atau daun. Si pemakai kebiasaannya akan memadankan dengan kain pario dan aksesori tambahan seperti dokoh atau kerongsang.

2. Kebaya Kutu Baru

Kebaya kutu baru merupakan salah satu jenis kebaya yang terdapat di Indonesia dan merupakan salah satu pakaian tradisional mereka. Kebaya ini mempunyai ciri khas iaitu tambahan kain yang menghubungkan sisi kiri dan kanan kebaya yang dijahit di atas bahagian pusat dan sedikit pendek. Kain yang dijahit dibahagian tengah ini mempunyai sulaman penuh. Baju kebaya kutu baru ini juga amat sesuai dipadankan dengan pario atau seluar.