Bagi yang baru pertama kali memakai kebaya anda mesti tidak mengetahui saiz dan jenis kebaya yang sesuai untuk tubuh badan anda. Untuk mendapatkan penampilan yang cantik dan menawan anda perlu mengetahui saiz kebaya dan jenis kebaya yang tepat dan sesuai.
Ada yang kurang gemar membeli baju secara maya kerana susah untuk menentukan saiz yang tepat. Takut baju yang di beli terlalu kecil atau besar. Kak Daisy nak share sedikit tips untuk korang menentukan saiz kebaya yang sesuai.
1. Ingat Saiz Baju
Korang kena ingat saiz baju yang korang selalu beli dekat kedai baju fizikal. Contohnya saiz XS, S, M, L, XL atau XXL. Pastikan sebelum membeli, saiz baju yang selalu dipakai ada tersenarai supaya senang untuk anda mengukur.
2. Ukur lilit Badan
Biasanya penjual baju akan menyediakan carta jadual ukuran untuk anda semak ukuran tersebut pada badan anda. Selalunya apabila anda telah menentukan ukuran mengikut carta, saiz anda akan menjadi lebih tepat dan sesuai dengan tubuh anda. Sekiranya anda inginkan baju yang sedikit longgar anda boleh melihat pada ukuran bahu yang sedikit besar dari saiz anda.

Tips yang Kak Daisy bagi ni ialah tips yang ringkas dan simple untuk korang tentukan saiz baju yang tepat untuk korang beli.
|