RAHMAH RAMADHAN : AS LOW AS RM169 / SET
Menu open/close
Tips Pemilihan Warna Tudung Yang Sesuai

Pemilihan tudung yang tepat mampu memberi kesan kepada baju yang di pakai. Kali ni, Kak Daisy nak share sikit tips pemilihan warna tudung yang sesuai untuk baju yang berwarna limited. Apa itu warna limited? Kak Daisy bagi contoh, antara warna-warna limited adalah seperti Mustard, Greyish Blue dan Emerald Green

 

Sebenarnya, tidaklah susah untuk anda memilih tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang berwarna limited ini. Jom kita tengok apa yang boleh korang padankan.

 

1. Mustard Yellow

 

Baju yang berwarna kuning Mustard antara warna yang menjadi pilihan kebanyakkan wanita berkulit cerah kerana ia dianggap sebagai warna yang terang dan bold. Warna ini juga mampu membuat si pemakai tampak lebih ceria and menarik tetapi tidak ramai yang betul berkeyakinan untuk memperagakan baju berwarna ini kerana risau sukar memilih warna tudung dan kurang sesuai dengan warna kulit.

Antara warna yang boleh dipadankan ialah:

 

  • Kelabu

 

Siapa cakap warna kelabu tak match dengan baju kuning mustard ? Warna ni sesuai dengan baju berwarna kuning mustard kerana warna kelabu tidak terlalu terang dan tampak lembut.

 

  • Nude

 

Warna nude merupakan warna neutral dan sesuai untuk semua warna baju. Memandangkan warna kuning mustard sudah menyerlah jadi kita memerlukan tudung yang berwarna neutral supaya ia menjadi padanan yang sempurna.

 

  • Putih

 

Warna putih juga dapat menonjolkan warna kuning Mustard dan warna putih adalah sangat mudah untuk digayakan. Tapi korang kena banyak berhati-hati ketika makan kalau memakai tudung warna putih kerana mudah untuk kelihatan jika terkena kotoran. Namun warna putih amat sesuai untuk pakaian yang berwarna terang.

 

  • Hitam

 

Untuk anda yang tak confident untuk mengenakan tudung berwarna putih, anda boleh memakai tudung yang berwarna gelap seperti hitam. Tudung hitam juga cantik jika dipadankan dengan kuning mustard. Tudung warna hitam juga akan membuatkan muka anda kelihatan lebih glowing tau.

 

2. Greyish Blue

 

Warna greyish blue memang banyak digemari oleh para wanita kerana warnanya yang lembut. Warna ini sangat mudah dikombinasikan dengan warna lembut yang lain.

Antara warna yang boleh dipadankan ialah:

 

 

  • Taupe

 

Warna taupe adalah campuran warna kelabu yang neutral dan warna coklat yang gelap. Warna ini sangat sesuai untuk dipadankan dengan greyish blue kerana warnanya agak terang dan menyerlah jika dipadankan dengan baju berwarna pucat.

 

  • Cyan

 

Cyan ialah warna biru kehijau-hijauan. Warna ini adalah hasil daripada campuran warna hijau dan biru. Untuk korang yang mahukan warna tudung seakan warna baju korang boleh memakai tudung berwarna cyan kerana ia didalam kategori warna

biru. 

 

  • Maroon

 

Warna maroon juga dikenali sebagai warna merah. Warna ini adalah gabungan warna merah dan coklat. Warna ini lebih gelap jika dibandingkan dengan warna merah biasa. Jika ingin memakai tudung berwarna maroon ia harus dipadankan dengan beg tangan atau kasut yang mempunyai warna yang sama supaya warna tudung tidak kelihatan menyerlah.

 

  • Cobalt Blue

 

Biru cobalt adalah warna biru yang sederhana terang. Warna biru yang pekat dan terang ini amat sesuai untuk dipadankan dengan baju yang berwarna pucat atau cair.

 

3. Emerald Green

Warna hijau emerald adalah warna hijau yang agak trending pada masa kini kerana ianya tampak lebih eksklusif dan elegen. Warna ini berasal daripada warna zamrud. Warna ini mula menjadi pilihan sejak kebelakangan ini.

Antara warna yang boleh dipadankan ialah:

 

 

  • Gold

 

Bagi menaikkan lagi warna hijau ini korang boleh menggayakan baju tersebut dengan tudung yang berwarna gold. Kebiasaanya warna terang seperti ini akan menambahkan seri dan menarik perhatian. Ramai yang tidak suka menggunakan tudung berwarna terang bersama baju berwarna gelap kerana takut kelihatan terlalu menonjol. Sebenarnya, warna gold dan hijau emerald adalah padanan yang sempurna.

 

  • Camel Brown

 

Warna camel brown ialah warna coklat yang sedikit cair berbanding warna coklat biasa. Warna ini tidak terlalu terang dan tidak terlalu pucat. Jadi warna ini amat sesuai untuk dipakai bersama hijau emerald kerana tone warnanya adalah sederhana.

  • Fern Green 

Jika anda memilih untuk memakai tudung yang berwarna hijau, anda boleh memilih untuk memakai fern green. Warna ini boleh dikategorikan sebagai warna hijau cair. Namun warna ini tidak terlalu cair dan pucat.

 

  • Mint Green

 

Untuk warna pucat pula, warna yang sesuai ialah mint green. Warna ini sangat cair dan lembut dan amat sesuai untuk dipadankan dengan pakaian yang berwarna gelap.