RAHMAH RAMADHAN : AS LOW AS RM169 / SET
Menu open/close
Tips Untuk Membasuh Kebaya Sulam

 

 

Segelintir wanita kurang menggemari baju yang mempunyai sulaman kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi supaya sulaman itu tidak mudah rosak. Kebaya merupakan salah satu jenis baju yang kaya dengan unsur sulaman. Untuk menjaga kebaya sulam, terdapat dua cara yang boleh kita lakukan iaitu dengan membasuh menggunakan tangan atau dengan basuhan kering di dobi. Bagi yang memilih untuk membuat basuhan tangan, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya:

 

 

1. Basuhan tangan 

 

Untuk membasuh kebaya sulam adalah sangat digalakkan untuk membasuh secara hand wash. Namun baju kebaya sulam tersebut tidak perlu diberus sebaliknya hanya digosok dengan tangan bagi memastikan sulaman tidak rosak atau berbulu.

 

 

2. Dilarang menggunakan peluntur baju

 

Pastikan anda tidak merendam kebaya sulam menggunakan peluntur. Anda juga tidak dibenarkan untuk merendam kebaya sulam terlalu lama iaitu semalaman sebaliknya anda harus terus mencuci dan membilas kebaya tersebut.

 

 

3. Seterika pada suhu sederhana

 

Jika anda ingin menggosok pakaian bersulam, pastikan anda menggosok pakaian tersebut secara terbalik dan menggunakan seterika pada suhu sederhana. Ini kerana muncung seterika yang tajam akan dapat merosakkan sulaman benang di kebaya anda. Pastikan seterika tidak terlalu panas dan jangan terlalu menekan di bahagian sulaman.