Tutorial Cara Ikat Kain Pario
Ramai yang kurang gemar memakai kain pario dik kerana kurang pengetahuan cara yang betul untuk mengenakan kain jenis lepas ini. Jangan risau Kak Daisy akan tunjuk cara memakai kain pario yang sangat mudah, selesa, pantas, tidak terbelah hingga menampakkan betis kaki dan yang paling penting tidak terlucut.
Penggunaan buckle adalah salah satu alternatif yang diguna pakai dan sangat membantu anda untuk memakai kain pario menjadi lebih kemas, tirus, dan bertambah cantik dan ia juga boleh dijadikan sebagai aksesori tambahan.
Jom! kita tengok cara memakai kain pario di bawah ni:
1. Pastikan badan anda terletak di tengah-tengah kain yang direntangkan dan pastikan kedua-dua bahagian sama panjang.

2. Tarik hujung kiri kain ke bahagian depan pinggang

3. Masukkan hujung kanan kain ke buckle dan tarik hingga paras yang anda inginkan.

4. Pastikan kedua-dua hujung tali kiri dan kanan berada di bahagian belakang pinggang dan ikat tali tersebut.


5. Kemaskan lipatan dibahagian hadapan supaya nampak tersusun dan berada di tengah

Sebenarnya, mudah sahaja cara memakai kain pario ni. Untuk yang pertama kali mencuba, saya yakin dengan adanya tips-tips yang dikongsikan ini serba sedikit dapat membantu anda memakai kain pario dengan betul, kelihatan lebih kemas dan cantik. |