Mesti ada yang tak tahu yang pario daripada Byhisdaisy boleh mix and match dengan koleksi kebaya yang ada. Seperti yang kita semua tahu, kain pario juga sesuai dipadankan dengan jenis baju yang lain contohnya baju kurung kedah. Bukan itu sahaja, baju kebaya juga boleh dipadankan dengan seluar untuk mereka yang lebih banyak bergerak.
Jenis baju dan kain pario yang dikeluarkan oleh Byhisdaisy sudah dipilih dengan padanan yang sesuai. Jadi, anda hanya perlu rujuk padanan yang terdapat di dalam gambar sahaja.
1. Warna sesuatu kebaya tidak terbatas kepada satu warna pario sahaja. Jadi, padanan warna yang pelbagai memudahkan lagi anda memilih mengikut cita rasa anda.


2. Untuk yang memiliki banyak baju kebaya top sahaja, anda juga boleh padankan dengan kain pario yang sama.

 |